Posts

Setelah 9 tahun berlalu

Tiba-tiba terasa ingin menjenguk kembali blog yang dibuat pada 2009.tidak ku sangka id dan pasword masih ku ingat...teringat kenangan sekitar 2009.semasa masih menikmati student life.. Blog ini akan diteruskan.semoga ada idea untuk berkarya.

esok mungkin ada tapi belum pasti untuk kita...

Image
Tiada apa yag ingin dikongsikan..cuma sekadar ingin melontarkan apa yang ada di minda. hari ini kita berjuang lagi dalam kehdupan.. tapi kadang-kadang kita hanyut, leka dibawa arus dibawa masa yang berlalu tanpa arah yang nyata. Sekadar mengikut orang sahaja. Kita lalui hari-hari tanpa sedar. yang satu datang..berlalu. kemudian satu agenda lagi. seringkali rutin itu kita buat sambil lewa. kadang-kadang cuma berlalu sia-sia.Namun sering juga dilaksana dengan semangat dijiwa. Kita tak tahu berapa banyak masa yang kita ada. mungkin seabad, sedekad atau sedetik sahaja. yang pasti ia sementara. alangkah rugi jika ia tidak diguna denagn segala manfaat. itulah manusia.akan menyesal apabila sudah berlalu. Tapi aneh, insaf hanya sementara. Pada masa lain pasti diulang lagi. Alangkah indahnya hari yang berlalu dapat ditukar ganti. Hari ini dihargai. Kerana esok mungkin ada tapi...belum pasti milik kita.